Friday, June 24, 2022

Bila rindu

Bila lama tak menulis, hati meronta ronta nak menulis. 
Otak mula berfikir, lama tak jengah blog, entah ada lagi entah tidak. 
Mula gerakkan cursor dan menaip, searh. Blog masih di sini.
Setelah 3 hari meneroka, ku faham. Kini, blog tidak lagi popular untuk zaman kini. Mungkin kerana blog agak kaku dan agak skema.
Tapi ku kira blog ni sangat berguna terutama bila mencari sesuatu bahan2 yang tidak terdapat dalam media sosial arus ini.


Setelah 6 tahun, entry pertama Cik Eda, di pagi Jumaat.
Sungguh hati ni selalu ingat kematian. Pagi tadi sempat hantar anak pengasuh ke sekolah untuk latihan sukan, kebetulan depan skolah adalah tanah perkuburan tempat persemadian arwah abg ipar. Sempat sedekahkan alfatihah untuk arwah. Moga beroleh syurga yg kekal. Selang beberapa jam kemudian, menerima perkhabaran duka dari sepupu yang bapa sepupu meninggal duni. Sungguh agak terkejut sebab selama ni tengok arwah sihat, & tidak tahu yg beliau ada penyakit.

Scroll pula di instagram, melintas satu posting dari page dakwah tentang kematian yang dicemburui. Tazkirah setelah pengebumian jenazah. Sedikit tazkirah berbunyi:

'Sesungguhnya mati itu pasti, syurga & neraka itu pasti. Jika dulu kita sukakan moto besar, & kerata besar, ketahuilah kereta terakhir kita adalah van jenazah seperti hari ini. Sekiranya kita sukakan rumah2 besar, ketahuilah pengakhiran rumah kita hanyalah sekecil liang lahad. Sekiranya kita dulu sukakan perfume2 mewah & wangi2, ketahuilah perfume terakhir kita nanti adalah kapur barus. Sekiranya kita dulu sukakan fesyen, baju2 yg mahal, ketahuilah baju terakhir kita adalah kain kafan"

Sungguh deep tazkirah yang diberikan.
Moga kita semua beroleh syafaat serta semoga iman sentiasa terpelihara.
Allah tidak pandang siapa kita pada mulanya, tapi Allah pandang pengakhiran kita bagaimana. 


Wallahualam.


Ikhlas,
Cik Eda with love
(rindu menulis dari hati)

Friday, March 16, 2012

Be Particular with your salat

Assalamualaikum..

Hari ini, saya betul2 terharu..saya punya ramai kawan..tapi tak seorang pun pernah menegur saya dalam hal agama..mungkin bagi mereka saya punya keimanan yang kuat..

Dia hanyalah penduduk Islam yang minority di California..tapi punya ilmu pengetahuan tentang Islam sangat dalam..He's advice to me:

"be particular abt ur salah. this is first thing Allah ask on day of judgement
pray with good concentration and devotion and insya Allah, Allah will pass all of us..

u know cooking? can u cook rice?

when u cook rice, after rice almost done, u dont open the entire pot and check all the rice. u only take a few grains and check if its cooked, which means all rice is ok
like this on day of judgement, insha allah, Allah will take few amaal from us and check it. if its ok then Insha Allah, Allah accept everything from us and he pass us and admit us into Jannah"

TQ my dear friend..u really touched me..

Saturday, November 26, 2011

~Hati-hati dengan hearty~

Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart....

Share daripada salah seorang rakan fb...lupa dah nama dia..huhu

Followers